Friday, February 27, 2009

Warh!! Komputer aku kena ViruS!!!

tlg akuh!!

komputer akuh kene virus!!

Virus yang dibawa oleh Grisoft!!

Bunkface towl arh!!

Republik?

Negara Republik. Sejenis pemerintahan secara demokrasi atau komunis. Negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi secara republik akan diketuai oleh Presiden (yang memegang watak seperti Raja tetapi boleh memegang kuasa selama 10 tahun iaitu 2 penggal) dan Perdana Menteri pula sebagai ketua kerajaan sepertimana yang berlaku dalam negara Raja Perlembagaan. Jika sesebuah negara mengamalkan sistem komunisme,ia mesti menjadi republik kerana komunis tidak menerima raja oleh sebab prinsp 'Sama Rata,Sama Rasa'.Negara yang pertama sekali mengamalkannya ialah Rusia pada tahun 1917 selepas rusuhan Bolshevik ketika itu rakyat keluar memberontak terhadap golongan diraja Czar Rusia.

Kebanyakan negara republik pernah menjadi negara yang mempunyai raja seperti Perancis,Itali (yang dimansuhkan pada 1941),Jerman, Rusia, Poland, Austria, Greece, Turki, Indonesia dan banyak lagi. Negara ini semua menjadi republik akibat tidak puas hati kepada raja,kehilangan raja, kematian raja dan lain.Tetapi,jika dilihat di negara Iran,sebuah negara yang mengalami Revolusi Islam telah diasaskan oleh Ayatollah Khomenei dengan menyingkirkan Shah Mohammad Reza Pahlavi.

Diamalkan hampir semua di negara Eropah dan Amerika Syarikat kecuali di Sepanyol yang pemerintahan diraja diasaskan pada 1492 selepas kejatuhan Islam disana serta Britain. Dahulunya banyak di negara Eropah mengamalkan monarki sehinggalah zaman
pemikiran seperti Karl Marx yang memikirkan pemikiran komunisme,Owen (pengasas Liberalisasi) dan lain-lain. Bermulalah zaman Revolusi Perancis pada 1793 dan Revolusi Bolshevik di Rusia pada 1917. Jerman pula mengalami pmerintahan diraja yang amat lama dan bersatu menjadi sebuah negara Prussia pada tahun 1871 sehinggalah menjadi republik pada tahun 1933.

Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya dengan republik yang paling terkenal iaitu
Republik Rom, yang bertahan dari 509 SM hingga 44 SM. Di dalam Republik tersebut, prinsip-prinsip seperti "anualiti" (memegang jawatan selama satu tahun sahaja) dan "collegiality" (dua orang memegang jawatan ketua negara) telah dipraktikkan.

Ramai yang mungkin berpendapat kerajaan republik adalah lebih demokratik dari kerajaan raja berpelembagaan
. Namun demikian ia bergantung kepada siapa yang memegang kuasa eksekutif. Didalam sesetangah negara monarki, raja sekadar lambang kedaulatan negara manakala perdana menteri adalah lebih berkuasa dari raja. Monarki biasanya bertakhta seumur hidup dan kuasanya akan diberi kepada saudara atau anak, atau dipilih mengikut peraturan yang ditetapkan. Banyak negara raja berperlembagaan adalah demokratik.

Sunday, February 8, 2009

Web Baru!!

layarilah laman web www.anjakanparadigm.wordpress.com

orang yang sama iaitu saya mengendalikan web tersebut. Namun,web ini akan terus bergerak seperti biasa tetapi jarang di'update'kan kerana tumpuan menghadapi PMR dan tinggal di asrama.

Anyway,layarilah laman web serba baru dan nafas baru...

Saturday, February 7, 2009

Perak...SPR...Lompat Parti....

Pada 1 Februari lalu,2 orang ADUN Pakatan Rakyat dikatakan meletak jawatan tetapi dinafikan oleh mereka dalam sidang akhbar yang diwakili orang lain pada keesokan harinya.Mereka dikatakan hilang sebelum ini dan tidak menghadiri mesyuarat Exco Negeri.Jelas ini menimbulkan tanda-tanya kerana kehilangan mereka berdua bukan perkara biasa tetapi luar biasa yang tidak pernah berlaku dalam arena politik Malaysia.

Beberapa hari kemudian,kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah tumbang oleh sindrom lompat parti yang dianjurkan BN dan Raja Perak. Raja Perak telah menitahkan Datuk Seri Ir. Nizar meletakkan jawatan sedangkan dalam Perkara 16(6),sistem Raja Berperlembagaan Malaysia,Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) tapi tidak Menteri Besar. Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN,undi tidak percaya dalam sidang DUN atau Menteri Besar tersebut letak jawatan.

TIdak hairanlah Datuk Seri Ir. Nizar bertidak berani mempertahankan hak rakyat yang memilihnya. Biar rakyat yang menentukan. Bersama-sama kita melihat kebenaran dan anjakan paradigma dalam arena politik Malaysia yang kini dalam kebenaran dan kepalsuan. SPR juga enggan mengadakan Pilihanraya Kecil di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering yang dikosongkan oleh YDP Speaker Perak. Keputusan YDP Speaker Perak tidak boleh dipertikaikan dan muktamad.

Semoga Allah memberi kerahmatan kepada Datuk Seri Ir. Nizar dan ahli ADUN PR lain yang sedang sabar menghadapi ujianNya.

Monday, January 26, 2009

Lagu Revolusi - Bunkface

Ado plak perkataan anjakan paradigma...banggo namo imej web terkenal,,,hukhuk...

terimalah anjakan paradigma bunkface dengan lagu Revolusi - Bunkface....


aku keliru
menjadi buntu
arah yang ingin ku tuju

rasa resah ku
kian celaru
dengan ilham ku tempuh

aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua

oh,,oh ooh..

chorus:
Inikah revolusi
atau hanya ilusi
bagaikan mimipi jadi realiti

Rasional diriku
rasional dirimu
penentu masa
masa depan ku

adakah masa
menjadi punca
diriku dalam dilema

benarkah anjakan paradigma
susuli ku terima

aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua

ulang chorus

nak download? http://www.4shared.com/file/82393002/62bf56f4/Bunkface_Revolusi.html