mari2 lihat!!!

Showing posts with label Dunia Politik. Show all posts
Showing posts with label Dunia Politik. Show all posts

Saturday, February 7, 2009

Perak...SPR...Lompat Parti....

Pada 1 Februari lalu,2 orang ADUN Pakatan Rakyat dikatakan meletak jawatan tetapi dinafikan oleh mereka dalam sidang akhbar yang diwakili orang lain pada keesokan harinya.Mereka dikatakan hilang sebelum ini dan tidak menghadiri mesyuarat Exco Negeri.Jelas ini menimbulkan tanda-tanya kerana kehilangan mereka berdua bukan perkara biasa tetapi luar biasa yang tidak pernah berlaku dalam arena politik Malaysia.

Beberapa hari kemudian,kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah tumbang oleh sindrom lompat parti yang dianjurkan BN dan Raja Perak. Raja Perak telah menitahkan Datuk Seri Ir. Nizar meletakkan jawatan sedangkan dalam Perkara 16(6),sistem Raja Berperlembagaan Malaysia,Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) tapi tidak Menteri Besar. Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN,undi tidak percaya dalam sidang DUN atau Menteri Besar tersebut letak jawatan.

TIdak hairanlah Datuk Seri Ir. Nizar bertidak berani mempertahankan hak rakyat yang memilihnya. Biar rakyat yang menentukan. Bersama-sama kita melihat kebenaran dan anjakan paradigma dalam arena politik Malaysia yang kini dalam kebenaran dan kepalsuan. SPR juga enggan mengadakan Pilihanraya Kecil di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering yang dikosongkan oleh YDP Speaker Perak. Keputusan YDP Speaker Perak tidak boleh dipertikaikan dan muktamad.

Semoga Allah memberi kerahmatan kepada Datuk Seri Ir. Nizar dan ahli ADUN PR lain yang sedang sabar menghadapi ujianNya.

Saturday, January 24, 2009

Yang Terlewatkan ,,,

Semua memang yang terlewatkan,,
Memang amat lewat dan terlewat,,
Musnah musnahlah impian,,
Menjadikan Gaza makin gawat...

Apa yang aku buat???
Memboikot barangan Israel??

Kenapa tak lakukan 60 tahun dahulu ketika Zionis menawan Palestin??

Baru 6 minggu serangan berlalu,baru nak boikot??

Jangan gebang!!!


Allah tak suka orang yang cakap tak serupa bikin....
Pada 27 Disember 2008, Semenanjung Gaza diserang hebat oleh koloni zalim Zionis. Mereka telah menyerang Gaza selepas beberapa minggu perjanjian damai diantara Hamas dan Israel tamat. Zionis menyerang Gaza dengan alasan untuk menghapuskan pengganas. Pengganas yang dimaksudkan itu ialah Hamas. Hamas adalah sebuah parti politik yang bertunjangkan Islam menang di Gaza dalam PRU 2006 Palestin.Hati dan jiwaku bertambah pasrah lagi apabila kemangkatan YDP Besar Negeri Sembilan mangkat.Rakyat Gaza menangis disana-sini. Memerlukan keamanan untuk kejayaan. Rumah sakit,pesantren dan lain-lain musnah dibom oleh Zionis laknatullah.Jiwa-jiwa rakyat Gaza bersabar walaupun jasad mereka dimusnahkan atau disiksakan. Mereka yang berjihad di jalan Allah semoga menemui jalan syahid.....

Konflik Israel–Gaza 2008–2009 yang berada di kemuncak konflik apabila pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara, dikenali dengan nama Operation Cast Lead oleh Pasukan Pertahan Israel. Operasi ini disasarkan kepada ahli-ahli dan infrastruktur Hamas dan ia juga dikenali sebagai Pembunuhan beramai-ramai Gaza (bahasa Arab: مجزرة غزة‎) di kalangan kebanyakan negara di dunia Arab.Israel mendakwa serangan itu dimulakan kerana meningkatnya serangan roket ke dalam Israel, mereka juga mendakwa serangan ini bertujuan memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas untuk melancarkan serangan yang serupa di masa depan. Hamas menyalahkan Israel atas tamatnya tempoh reda itu, kerana Israel tidak mematuhi semua syaratnya yang termasuk penamatan pengepungan Jaluran Gaza.Persengketaan ini merupakan yang terburuk sejak Hamas mendapat kejayaan politik pada awal 2006.

Sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh pada hari pertama ini, menjadikannya hari paling ramai yang terkorban dalam sejarah konflik Israel-Palestin. Sehingga Ahad 4 Januari 2009, jumlah korban Palestin telah meningkat melebihi 500 orang.
Imbang Penuh

Angkatan Tentera Udara Israel menjatuhkan 100 tan ledakan bom dan 95 % mencapai sasaran yang dikehendali. Menurut sumber Israel, mereka berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan yang dibina Hamas. Ini termasuklah balai polis,penjara dan pusat kawalan yang diibina oleh pihak berkuasa pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza, Bandar Gaza, Beit Hanoun di utara, Khan Younis dan Rafah di selatan.

Pasukan perubatan melaporkan 287 warga Palestin terbunuh serta merta di kawasan kemalangan atau selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. 900 cedera parah yang kebanyakannya anggota polis dan anggota pergerakan Hamas, orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Serangan Zionis telah menyebabkan banyak kemusnahan berlaku di Gaza. Anak-anak kecil menangis sedih terlihat bapanya syahid dihadapanya. Bayi yang tidak berdosa ditembak mati dan dibom oleh bom sulfur yang mampu memusnahkan kulit. Tetapi bom tersebut tidak mampu memusnahkan jiwa rakyat Palestin untuk bangkit menentang. Seramai 80 anggota tentera Zionis Israel mati akibat dibunuh oleh tentera Hamas dan utara Israel telah diserang oleh Hezbollah yang suatu ketika pernah menewaskan tentera Israel yang gagal menawan selatan Lebanon dalam tempoh 2 minggu. Tetapi tewas dalam tempoh 43 hari saja,Israel kehilangan 2000 askar manakala Hezbollah seramai 100 orang syahid.Ingatlah wahai umat Muhammad!! Setiap anak Adam dimuka bumi ini khalifah!!

Perlu adanya Khalifah Daulah Islamiyyah!!

Hai, rakyat Malaysia!!!

Sudahkah kau memberi bantuan kepada warga Palestin??


Sudahkah engkau tidak lagi membeli barangan Israel??

Sudahkah kau menghapuskan undang-undang ala Israel??

Sudahkah kau berdoa Qunut Nazillah??


Sudahkah kau mengerti??

Friday, January 23, 2009

Kemenangan luar biasa!!!






Tahniah kepada Pas cause telah berjaya mengalahkan calon BN,Wan Ahmad Farid dalam PRK di Kuala Terengganu. Kemenangan tersebut memastikan Pas dan PR memenangi kerusi Parlimen ke-83 dengan kelebihan majoriti 2,631 undi. Ahli Parlimen Kuala Terengganu,Mohd Abdul Wahid Endut adalah calon berpengalaman berbanding Wan Ahmad Farid yang adalah muka baru di Kuala Terengganu.


Ketua Umum KeADILan,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan calon Pas dalam PRK Kuala Terengganu sebagai isyarat jelas rakyat telah menolak BN,sekaligus membuktikan parti berkenaan tidak lagi relevan.

Beliau menambah lagi,keputusan PRK Kuala Terengganu akan mempengaruhi pengundi di Sabah dan Sarawak yang akan mengikut jejak langkah pengundi di Semenanjung deni membuat perubahan.


Pada PRK kali ini,calon Pas,Abdul Wahid Endut memenangi 32,883 undi manakala undi BN sebanyak 30,252 dan calon Bebas Azaharuddin Mamat meraih 193 undi.Majoriti undi 2,631 jauh lebih besar berbanding kelebihan undi calon BN dalam PRU 2008,iaitu 628 undi.






Friday, January 2, 2009

Pas yakin menang!!!


KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong.

Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.

Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.
Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustapa ketika PAS melakukan di Terengganu pada tahun 1982.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)
DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.
Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.

Tuesday, December 30, 2008

keMUnCuLAn baRu!!



Ok! Ok! Ok! 2008 dah dekat habis... Tahniah kepada all JETS 2008 kerana berjaya mendapatkan 9A seramai 24 orang!! Pasni, kitowg EVOPE pecahkan rekod dengan menjadi 82 orang lalu menafikan 2/3 majoriti parlimen...hehe...

Dengan penghabisan 1429 H dan tahun 2008 Masihi ini,penulis AnJAkaN pArAdiGM!!! telah membuat satu cover muka depan yang agak serabut untuk tahun 2008 dan 1429 Hijrah yang bakal melabuhkan tirainya pada malam ini..

2008 telah menyaksikan perubahan melampau dalam politik Malaysia ataupun 'Tsunami politik 2008' apabila pembangkang menang 82 kerusi parlimen sekaligus menafikan 2/3 majoriti Parlimen.Tidak lupa kejayaan sukan Malaysia 2008 amat membanggakan apabila memenangi pingat perak Olimpik Beijing 2008 dalam acara perseorang badminton dan mengungguli GP Super Series di Sabah serta kejohanan SUA 2008 pada pertengahan bulan Disember lalu menunjukkan sedikit perubahan dalam sukan Malaysia.

Suka dan duka 2008 amat banyak berlaku dalam dunia ini apabila Gaza diserang hendap oleh Israel sejak 27 Disember lalu selain kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang mengiringi kedukaan rakyat Malaysia pada akhir 2008 serta Tragedi Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa. Juga, serangan Mumbai pada akhir November lalu meninggalkan kesan kerana serangan keatas Mumbai sudah berlaku 2 kali. Kegagalan skuad Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2008 juga dikritik hebat oleh peminat tempatan.


Peristiwa suka 2008 pula menyaksikan Bush pula dibaling kasut oleh wartawan Iraq,Muntadar Al-Zeidi yang dimartabatkan sebagai hero Islam. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 juga menunjukkan DAP ,Pas dan PKR boleh bergabung dibawah satu panji serta kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Permatang Pauh juga mencatatkan sejarah baru dalam politik Malaysia. Pelancaran album akhir band indonesia terkenal,peterpan "Sebuah Nama Sebuah Cerita" juga menunjukkan peningkatan apabila terjual sebanyak empat juta unit.

That's all,sekian daripada saya, Sutan Fitrie As-Sahabatiniyyah.... Assalamualaikum dan salam sejahtera

SALAM MAAL HIJRAH 1429 H
and

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Monday, December 29, 2008

Tuanku Mukhriz ialah orangnya!!

Daulat Tuanku!!








Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (1949-) telah dilantik secara rasminya menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. Majlis tersebut berlangsung di Balairung Istana Besar Seri Menanti,Negeri Sembilan sejurus pemakaman Tuanku Jaafar pada petang tadi.Sebanyak 86 das tembakan meriam ditembak bersamaan umur baginda,Almarhum Tuanku Jaafar yang mangkat berumur 86 tahun.

Tunku Mukhriz, 59, dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, berikutan kemangkatan Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lalu.

Tunku Mukhriz dipilih daripada empat orang calon. Tiga lagi ialah Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar and Tunku Panglima Besar Tunku Putera Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.

Baginda merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.

Pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Tuanku Mukhriz juga mempunyai 3 orang anak lelaki iaitu : Tunku Ali Redhauddin Muhriz, 31, Tunku Zain Al’Abidin Muhriz, 26, and Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.

Sementara itu, istiadat pemakaman jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan dijalankan selepas solat Asar hari ini.



SENARAI YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN 1773 hingga kini.
  • 1773-1795: Raja Melewar
  • 1795-1808: Raja Hitam
  • 1808-1824: Raja Lenggang
  • 1824-1861: Raja Radin
  • 1861-1869: Yamtuan Imam
  • 1869-1887: Yamtuan Antah
  • 1887-1888: Tengku Ampuan Intan (pemangku Raja)
  • 1888-1933: Tuanku Muhammad
  • 1933-1960: Tuanku Abdul Rahman
  • 1960-1967: Tuanku Munawir
  • 1967-2008: Tuanku Jaafar
  • 2008-2008: Tuanku Mukhriz


Monday, December 22, 2008

Pas akan umum calon pada 1 Januari..


PAS akan hanya mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, pada 1 Januari depan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.

Pada mulanya, PAS dijangka mengumumkan nama calonnya hari ini, selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan semalam pemilihan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata
pada masa ini, parti itu telah menentukan calonnya itu, yang merupakan seorang profesional dan berjiwa rakyat, lapor Bernama.

"Kita sudah ada calon...dalam poket saya, Insya-Allah...tunggu 1 Januari depan (kita umumkan)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di Pusat Tarbiyah PAS Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata calon PAS itu adalah individu yang mempunyai ketokohan daripada pelbagai aspek dan yakin akan dapat diterima oleh pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Abdul Hadi berkata dengan pemilihan calonnya itu, PAS yakin dapat merampas kerusi parlimen berkenaan, tambahan pula kawasan tersebut merupakan antara kubu kuat parti berkenaan.

Mengenai calon PAS sama ada penduduk setempat atau Naib Presidennya, Mohamad Sabu seperti yang dicadangkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: "(Sama ada) Mat (Mohamad) Sabu, Nasharuddin atau Salahuddin...1 Januari."

Beliau juga berpuas hati dengan persiapan jentera pilihanraya PAS dan parti komponen Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan Mohamad Sabu (PAS) dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Saturday, December 20, 2008

BN dah mengorak langkah...


PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU
17 JANUARI 2008




BN atau Barisan Nasional telah menamakan calon mereka pada petang tadi manakala Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon mereka pada esok hari dan memastikan penambahan ahli parlimen pembangkang daripada 82 orang menjadi 83 orang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan perkara itu pada hari ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail pada 28 Nov lepas.

Adakah calon Pakatan Rakyat, Mohammad Sabu yang bertanding atas tiket Pas pada Pilihanraya Umum yang lalu? Mampukah BN mempertahankan kerusi Kuala Terengganu selepas tewas dalam PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 yang lalu?

Saksikanlah Gelombang Rakyat...

Friday, December 19, 2008

PRK Kuala Terengganu P-36..

HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Pakatan Rakyat nampaknya mempunyai menang di kawasan Kuala Terengganu kerana kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong selepas penyandangnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Nik Aziz berpendapat Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang kalah pada pertandingan bagi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum Mac adalah pelengkap terbaik untuk mendapatkan semula kerusi dan digambarkan sebagai seseorang yang “gift of the gap."

Mohammad Sabu dikatakan bersedia untuk bertanding buat kali kedua dalam PRK Kuala Terengganu dan sedia menjadi ahli Parlimen ke-83 dalah Pakatan Rakyat.

Monday, December 15, 2008

Bush sesuai ngan KasUT?!!


Berita terkini! Wartawan Iraq,Muntadar Al-Zeidi telah melontarkan sepasang kearah Presiden Amerika Syarikat,Goerge W. Bush di Baghdad. Insiden ini berlaku apabila wartawan tersebut menanyakan sesuatu kepada Bush. Ikuti perbualan ini.

He shrugged off the bizarre attack by an Iraqi journalist saying "I’m okay", before joking later: All I can report is it was a size ten.

He added: It’s like driving down the street and having people not gesturing with all five fingers."

Betapa beraninya Al-Zeidi kerana melontarkan kasutnya sambil berkata: "Ini adalah yang sesuai dicium,anjing!!"

Berita ini dipetik daripada "theSUN" dan "www.thesun.co.uk"

Saturday, December 6, 2008

7 Disember 1941...


Kerajaan Imperial Jepun (1878-1945)



Hari ini genaplah 67 tahun serangan Jepun terhadap Pearl Harbor dan pendaratan Jepun ke Kota Bharu (x taw arh time tuh banjir x...) yang menyaksikan pertumpahan darah militer tentera laut dan Udara Amerika Syarikat. Kejadian tersebut berlaku pada 07:53 pagi di Oahu berdekatan dengan Pulau Hawaii.Serangan ini telah dikenali sebagai Pengeboman Pearl Harbor dan Pertempuran Pearl Harbor tetapi, paling biasanya, Serangan ke atas Pearl Harbor atau secara ringkas Pearl Harbor.

2000 tentera Amerika telah terkorban dalam serangan maut Jepun tersebut. Ini merupakan tamparan hebat Amerika daripada sebuah negara Imperial Asia yang mengaku melindungi Asia dengan slogan 'Asia Untuk Orang Asia' dan mahu membebaskan Asia daripada cengkaman penjajah selepas kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada 23 Mac 1924.

Matlamat serangan pada Pearl Harbor adalah untuk melumpuhkan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik, walaupun untuk sementara. Laksamana Isoroku Yamamoto sendiri menyatakan bahawa serangan yang berjaya sekalipun hanya memberikan setahun dua kebebasan bertindak dengan menyerang Malaya dan Indonesia.

Pada 8 Disember 1941, Kongres Amerika Syarikat telah mengisytiharkan perang ke atas Jepun dengan Jeannette Rankin merupakan undi menentang tunggal. Franklin D. Roosevelt menandatangani pengisytiharan perang tidak lama kemudian, menggelar hari sebelumnya "tarikh yang akan kekal dalam infantry." Kerajaan Amerika Syarikat meneruskan kerahan tentera, dan mula bertukar kepada ekonomi perang.

Tuesday, December 2, 2008

Palestin........Dilema Besar atau Hari Yang Cerah??


Palestin,semua orang tahu tentangnya...Ia bukan khayalan atau ilusi tetapi ia sebuah kebenaran yang berlaku pada masa kini. Umat Islam sudah lama tidak mengambil berat sejak Perang 6 Hari atau dikenali dalam bahasa Inggeris Sixth Day War. Liga Arab telah bergabung menjadi 6 yang terdiri daripada negara Jordan,Mesir,Iraq,Syria,Lebanon dan negara kelahiran Nabi Muhammad s.a.w iaitu Arab Saudi.

Orang Yahudi menakluk Palestin untuk dijadikan negara Israel Raya (nama Nabi Ya'akub). Ia meliputi Semenanjung Sinai (tempat Nabi Musa bermonolog dengan Allah),Madinah yang menyaksikan mereka dihalau akibat kekalahan dalam Perang Khaibar dan Iraq (tempat mereka mendiami Mosul). Selain itu,mereka mahu meruntuhkan Masjdil Al-Aqsa,masjid ke-3 yang suci dalam Islam dan kiblat pertama dalam Islam untuk membina kembali Haykal Sulayman yang dikatakan dibina oleh Nabi Daud a.s.

Nama Masjidil Al-Aqsa yang terletak di Baitul-Maqdis cukup dikenali dikalangan umat Islam,termasuk dinegara ini. Selain itu,ia tempat paling penting dalam peristiwa Isra' Mikraj,ia juga mengandungi 1001 rahsia sejak zaman Nabi Adam hinggalah kini.


Al-Quran ada meyebutnya bersama Masjidil Haram dalam permulaan Surah al-Isra' iaitu:

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Maha Suci (Allah) yang memperjalankan hambaNya diwaktu malam dalam beberapa saat,dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa....." (surah al-Isra': 1)

Seperti yang tercatat dalam sejarah dunia,Masjidil Aqsa pernah dikuasai oleh orang Salib pada tahun 1099 hingga dibebaskan oleh Salahuddin Ayubi pada 1187. Bagaimana nasib tempat suci ini pada ketika itu?

Mulai bilakah umat Islam menyelamatkan dan memelihara Masjidil Aqsa serta benarkah Yahudi masuk ke kota Jerusalem untuk menyelamatkan Haykal Sulayman yang mereka sangka ada di Masjidil Aqsa atau memang nak merampas hak-hak orang Palestin seraya mendirikan negara Israel raya?


Fikir-fikirkanlah,wahai umat Islam!!!

Friday, October 31, 2008

HANYA semua?

Selepas 8 bulan berlakunya anjakan paradigma politik negara, kini negara bakal meghadapi suatu perubahan besar,panjang tapi sedikit. Perubahan tersebut yakni peralihan kuasa UMNO maupun negara. Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini terlibat dalam pencalonan Presiden UMNO tanpa dicabar oleh Tengku Razaleigh atau dikenali sebagai Ku Li. Namun, fenomena menukar jawatan diantara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) bukanlah perkara luar biasa kerana ia telah berlaku beberapa bulan lalu dimana Vladimir Putin menukar jawatan Presiden dengan Medvedev yang menjawat jawatan Perdana Menteri Rusia. Hal ini,Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadapi cabaran besar pada penghujung tahun ini dimana kemelesetan ekonomi Amerika akan merebak ke seluruh Asia tidak lama lagi.


Berbanding sedekad lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang menjadi Menteri Kewangan yang dilantik oleh Tun Mahathir. Beliau menjawat jawatan tersebut ketika ekonomi dunia dalam keadaan krisis. Malah,krisis kewangan Asia 1997 telah membuatkan matawang asing jatuh merundum. Dengan kebijaksanaan DSAI,beliau telah memulihkan matawang ringgit daripada terus meleset daripada negara Asia lain seperti Indonesia,Jepun dan lain-lain. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak pernah melutut kepada IMF untuk meminjam wang dan beliau sendiri menghentikan peminjam wang daripada Bank Dunia.


Mampukah Datuk Seri Najib mengulangi pencapaian DSAI pada 10 tahun lalu? Projek Iskandar, NREC, ECER, SERC dan SDC terpaksa diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi negara. (petikan Suara Keadilan Bil. 153 29 Okt hingga 5 November 2008) Kita lihatlah perubahan ini dalam perjalanan Disember 2008 - Mac 2009.

Saturday, September 6, 2008

Hari Penentu Politik Malaysia (26 Ogos)


26 Ogos 2008 telah menjadi penentu kepada gelombang politik Malaysia 2008 kerana penglibatan bekas TPM dan juga Penasihat PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik setelah sekian 10 tahun lamanya tidak bergiat aktif dalam bidang ini. Ini telah terjadi sejak tahun 1998 lalu, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara dan akhirnya keluar daripada penjara pada tahun 2004.
Anak Cherok Tok Kun ini bertanding dalam pilihanraya sejak tahun 1982,1986,1990 dan 1995 dan memenangi pilihanraya tersebut dengan menggunakan tiket BN. Dan sekarang, beliau telah berjaya kembali ke medan politik atas tiket PKR dan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu dengan majoriti besar iaitu 15,671 undi berbanding Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu iaitu 13,388 undi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenangi PRK Permatang Pauh dengan undi sebanyak 31,195 manakala calon BN, Datuk Ariff Shah 15,524 undi dan calon AKIM, Hanafi Mamat memungut undi sebanyak 92 undi. Ini memastikan peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi Parlimen ternyata terbuka.
Semoga perjuangan beliau akan menjadi nyata.