mari2 lihat!!!

Friday, August 22, 2008

Sebuah Nama Sebuah Cerita ....



Peterpan akhirnya telah meliris sebuah album terakhir (menggunakan nama peterpan) pada 31 Julai 2008. Album ini telah dimuatkan 4 lagu baru iaitu Walau Habis Terang,Kisah Cintaku,Tak Ada Yang Abadi dan Dilema Besar dan lagu hits daripada album terdahulu seperti Taman Langit,Bintang Disurga dan Hari Yang Cerah....
Lagu hits seperti Mimpi Yang Sempurna,Mungkin Nanti,Ada Apa Denganmu,Kukatakan Dengan Indah,Tak Bisakah,Menghapus Jejakmu,Hari Yang Cerah Untuk Jiwa Yang Sepi dan Dibalik Awan pernah memasuki carta hits di Indonesia dan Malaysia sendiri.
Album ini dirilis untuk mengenang kembali empayar muzik Peterpan (2000 - 2008)yang telah menempah nama di Hong Kong pada September 2007.Peterpan yang telah kehilangan ahlinya iaitu Andhika dan Indra telah memasuki band The Titans. Tetapi, Ariel,Uki,Reza dan Loekman telah berjaya menempa nama Peterpan dengan lagu hits Menghapus Jejakmu dan Dibalik Awan dalam album Hari Yang Cerah.... Lagu Walau Habis Terang baru saja kedengaran di sebuah stesen swasta di Malaysia.Apapun,Peterpan telah membuat konsert terakhirnya di Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tahniah,Peterpan yang telah berjaya di persada muzik Nusantara.

Sejarah Qazaf

Seorang wanita (ada riwayat mengatakan wanita Yahudi) jatuh hati kepada seorang lelaki warak. Ia menggoda lelaki tersebut dengan berbagai cara, tetapi tidak mendapat sebarang sambutan. Akhirnya, wanita itu membuat aduan kepada mahkamah dengan mengatakan lelaki tersebut telah melakukan zina dengannya.

Semasa perbicaraan, wanita itu mengemukakan bukti sehelai kain yang masih lembab kesan air mani lelaki yang dimaksudkan. Namun, lelaki itu tetap tidak mengaku. Ringkasnya, mahkamah telah mendapati sabit kesalahan dan mengenakan hukuman had ke atas lelaki yang didakwa itu. Tetapi, sebelum dilaksanakan hukuman, lelaki tersebut dibenarkan pulang ke rumah menemui keluarga.

Semasa pulang lelaki itu bertemu dengan Saidina 'Ali dan menceritakan apa yang menimpa dirinya. Lalu Saidina 'Ali mengajak lelaki itu berbalik ke mahkamah dan mohon ulang-bicara. Dalam perbicaraan kali ini, Saidina 'Ali telah meminta kain yang dijadikan barang bukti dan seperiuk air panas. Saidina 'Ali mencelupkan kain itu ke dalam air panas dan mengangkat semula. Didapati beberapa ketul benda putih pada kain tersebut. Saidina 'Ali berkata: Yang berketul-ketul ini berasal dari putih telur dan bukan air mani. Jika air mani, apabila kena air panas, maka ia akan hilang.

Dipendekkan cerita, mahkamah meminda keputusan asal kepada hukuman tidak bersalah. Wanita tersebut dibicarakan dan didapati bersalah kerana membuat aduan palsu dan tuduhan zina (qazaf).

Dari peristiwa ini lahirlah kata-kata: لولا علي لهلك عمر Maksudnya: "Jika tiada 'Ali maka binasalah 'Umar". Kerana kes ini berlaku di zaman khalifah 'Umar b. al-Khattab.

(petikan http://www.dzulhaqq.blogspot.com/ )

Harga Minyak Turun!!!

Harga Minyak telah turun mulai 23 Ogos 2008.....

Minyak jenis Ron97 diturunkan dengan harga 0.30 sen (RM 2.40) manakala harga minyak jenis Ron92 pula turun sebanyak 15 sen (RM 2.55). Diisytiharkan oleh Perdana Menteri pada 22 Ogos 2008,petang tadilah tak silap aku.Kalau silap, tolonglah bgtaw.....Setiap insan tidak ada yag sempurnaya....Harga minyak turun secara tiba-tiba hari ini telah mengurangkan sikit beban rakyat...Apapun itu...marilah kita fokus terhadap pelajaran dan peperiksaan yang makin hampir dan Permatang Pauh...hehehe.....

Thursday, August 21, 2008

Kebenaran kita........???

Kita sudah lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui banyak rintangan daripada anasir-anasir jahat yang ingin jatuhkan beliau.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (homoseksual) beliau telah diteranjang separuh mati dalam penjara yang telah membuatkan tulang belakang beliau patah dan terpaksa menaiki kerusi beroda.
Walau bagaimana pun, dalam tahun 2004, mahkamah tertinggi Malaysia, Mahkamah Persekutuan telah membalikkan sabitan kesalahan kedua dan dia telah dibebaskan. Sebaliknya dalam bulan Julai 2008, beliau telah ditahan atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat seorang penolongnya, Saiful Bukhari Azlan.
Saiful Bukhari Azlan telah mengangkat sumpah pada 16 Ogos 2008 di sebuah masjid. Pada pendapat Ulama' seperti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat berkata "Kaedah sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari dengan memegang kitab suci adalah satu perbuatan yang menyalahi ajaran Islam"
Ustaz Abdulhadi Awang berkata "Dalam Islam hanya ada li'an,iaitu sumpah diantara suami isteri yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.Anwar Ibrahim dan Saiful bukanlah suami isteri" (petikan Sinar Harian,17 Ogos 2008).
Dunia sekarang melihat politik di Malaysia terutama dalam kes D.S.A.I dan pilihanraya kecil Permatang Pauh (P44).Gus Dur telah mengkritik "Tidak Islamik" dan Condolezza Rize berkata Amerika Syarikat sedang meilhat perkembangan politik Malaysia.Ayuh,marilah kita lihat kebenaran yang akan berlaku didepan mata kita ini.

Saturday, August 16, 2008

Permatang Pauh.........


Permatang Pauh



  1. terletak di barat Pulau Pinang

  2. nombor Parlimen : P44

  3. pernah disandang oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 1982 dan 1987

  4. seterusnya disandang oleh Datin Seri Wan Azizah pada 1999,2004 dan kekal sehingga 2008

  5. pada 16 Ogos 2008,penamaan calon telah diadakan di Institut Perguruan Tuanku Bainun pada pukul 8.00 pagi

  6. Tepat Jam 11.45 pagi tadi Pengurus Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh, Roslan Yahya telah mengumumkan tiga calon yang layak bertanding dalam Pilihanraya Kecil ini.


  • Calon KeADILan/Pakatan Rakyat - Datuk Seri Anwar Ibrahim

  • Calon Umno/BN - Datuk Arif Shah Omar Shah

  • Calon AKIM - Hanafi Mamat

  • Turut mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim esok ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan para pemimpin Pakatan Rakyat