mari2 lihat!!!

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Tuesday, December 30, 2008

keMUnCuLAn baRu!!



Ok! Ok! Ok! 2008 dah dekat habis... Tahniah kepada all JETS 2008 kerana berjaya mendapatkan 9A seramai 24 orang!! Pasni, kitowg EVOPE pecahkan rekod dengan menjadi 82 orang lalu menafikan 2/3 majoriti parlimen...hehe...

Dengan penghabisan 1429 H dan tahun 2008 Masihi ini,penulis AnJAkaN pArAdiGM!!! telah membuat satu cover muka depan yang agak serabut untuk tahun 2008 dan 1429 Hijrah yang bakal melabuhkan tirainya pada malam ini..

2008 telah menyaksikan perubahan melampau dalam politik Malaysia ataupun 'Tsunami politik 2008' apabila pembangkang menang 82 kerusi parlimen sekaligus menafikan 2/3 majoriti Parlimen.Tidak lupa kejayaan sukan Malaysia 2008 amat membanggakan apabila memenangi pingat perak Olimpik Beijing 2008 dalam acara perseorang badminton dan mengungguli GP Super Series di Sabah serta kejohanan SUA 2008 pada pertengahan bulan Disember lalu menunjukkan sedikit perubahan dalam sukan Malaysia.

Suka dan duka 2008 amat banyak berlaku dalam dunia ini apabila Gaza diserang hendap oleh Israel sejak 27 Disember lalu selain kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang mengiringi kedukaan rakyat Malaysia pada akhir 2008 serta Tragedi Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa. Juga, serangan Mumbai pada akhir November lalu meninggalkan kesan kerana serangan keatas Mumbai sudah berlaku 2 kali. Kegagalan skuad Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2008 juga dikritik hebat oleh peminat tempatan.


Peristiwa suka 2008 pula menyaksikan Bush pula dibaling kasut oleh wartawan Iraq,Muntadar Al-Zeidi yang dimartabatkan sebagai hero Islam. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 juga menunjukkan DAP ,Pas dan PKR boleh bergabung dibawah satu panji serta kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Permatang Pauh juga mencatatkan sejarah baru dalam politik Malaysia. Pelancaran album akhir band indonesia terkenal,peterpan "Sebuah Nama Sebuah Cerita" juga menunjukkan peningkatan apabila terjual sebanyak empat juta unit.

That's all,sekian daripada saya, Sutan Fitrie As-Sahabatiniyyah.... Assalamualaikum dan salam sejahtera

SALAM MAAL HIJRAH 1429 H
and

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Monday, December 29, 2008

Arsenal 1-0 Portsmouth



ARSENAL 1-0 PORTSMOUTH






Arsenal akhirnya memenangi perlawanan selepas seri sebanyak 3 perlawanan sebelum ini. Arsenal yang turun tanpa kapten baru, Fabregas akibat cedera kaki kiri kerana dikasari Alonso ketika menentang Liverpool yang berkesudahan seri 1-1. Kapten Arsenal kini disandang oleh Almunia yang cemerlang ketika aksi menentang Portsmouth membuahkan hasil apabula berjaya menyelamatkan tandukan Crouch (padahal kena tiang) pada minit ke-40.

Arsenal hampir mendahului 1-0,namun Campbell berjaya mengeluarkan bola yang dibawa Adebayor. Sejurus bola keluar,hantaran Nasri melalui sepakan sudut hampir menampakkan hasil gol apabila tandukan Silvestre dihalang oleh Boupa Diop yang ketika itu kubu Portsmouth goyah.

Pada minit ke-82,Arsenal memperolehi gol menerusi tandukan cantik oleh Gallas hasil hantaran Denilson yang melakukan sepakan percuma.Gallas akhirnya gol pada musim ini selepas dipecat daripada menjadi kapten pada awal Disember yang lalu. Gallas seolah-olah tidak percaya yang dia berjaya gol untuk Arsenal. Gallas sudah melakukan seperti itu sebanyak 3 kali gol minit-minit terakhir.

5 perlawanan terakhir Arsenal.

1-0 Wigan Athletic (menang)
1-1 Middlesbrough (seri)
1-1 Liverpool (seri)
2-2 Aston Villa (seri)
1-0 Portsmouth (menang)

Monday, December 15, 2008

Sathia kekal....


Tahniah diucapkan kepada B.Sathianathan kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus memberi amanah kepada B. Sathianathan untuk memegang jawatan jurulatih skuad Harimau Malaysia.

Keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat badan induk bola sepak Malaysia semalam dipengerusikan oleh presidennya, Sultan Ahmad Shah. Begitupun kontrak lanjutan itu bersyarat,namun ia dianggap sebagai suatu cabaran baru oleh B. Sathianathan.

Beliau telah berjaya mengubah kedudukan ranking dunia Malaysia dalam tempoh 7 bulan.
Walaupun Malaysia tewas dalam Piala AFF Suzuki 2008,FAM percaya skuad Malaysia yang dibimbing Sathia mampu mengubah ranking dunia Malaysia pada tahun depan.

Tuesday, December 9, 2008

Kalahnya Malaysia...

PIALA AFF SUZUKI 2008 : MALAYSIA 2-3 VIETNAM








Kesilapan penjaga gol Malaysia, Helmi Eliza Elias membuatkan Malaysia dirundung malang apabila kecundang 2-3 kepada Vietnam di Stadium Surakul, sekali gus menyukarkan laluan ke separuh akhir Kejohanan Piala Suzuki AFF, malam tadi.


Nampaknya peluang Malaysia untuk ke Separuh Akhir ternyata tipis kerana Thailand telah membelasah Laos 6-0 pada malam tadi. Gol Vu Phong pada minit ke-88 menyaksikan kesilapan besar Helmi Eliza ternyata mengecewakan ramai peminat bolasepak Malaysia yang mengharap kemenangan atau seri menentang Vietnam,malam tadi.

Kesilapan Helmi yang terlajak keluar menyaksikan bola lantunan tinggi Vu Phong melewatinya dan biarpun cuba dikejarnya, segalanya jelas sudah terlambat untuk menampan bola tersebut.Akhbar tempatan kebanyakannya mengkritik jelas persembahan Helmi Eliza semalam.

Apapun,Indra Putra Mahyuddin yang menjadi wira tetap menjadi wira Malaysia dan penyokong Malaysia berharap kehebatan Indra menjadi serangan utama bersama Safee Sali ketika menentang Thailand nanti.


Saturday, December 6, 2008

Arsenal 1-0 Wigan Athletic



Arsenal 1-0 Wigan
(Emirates Stadium)


Selepas memenangi perlawanan diantara Chelsea Sabtu lepas,kini giliran Wigan menjadi mangsa kebangkitan Fabregas Arsenal yang menang 1-0 hasil jaringan cantik daripada Emmanuel Adebayor,pemain kelahiran negara Togo.

Pada separuh masa pertama,Arsenal telah membuka langkah apabila Adebayor menjaringkan gol hasil hantaran cantik Alexandr Song Billong pada minit ke-16. Gol itu telah membuatkan Arsenal mendahului 1-0 pada separa masa pertama.

Perlawanan itu telah menyaksikan pemain muda kelahiran Perancis,yakni Nasri telah cedera akibat dikasari oleh Palacios lalu dikenakan kad kuning dan Nasri terpaksa keluar dan digantikan dengan Eboue pada minit ke-32.

Seterusnya,Wigan telah berlipatganda mengasak kubu Arsenal yang diketuai Sagna,Toure,Clichy dan Djourou sehinggakan sepakan sudut oleh Figueroa dapat ditanduk oleh Heskey namun Manuel Almunia telah menyelamatkan keadaan.


Perlawanan ini berkesudahan Arsenal mengatasi
Wigan Athletic buat kali kedua selepas Arsenal (pemain muda) menang menumpaskan pemain utama Wigan pada Piala Carling Cup. Liverpool terus menguasai takhta liga selepas menewaskan Blackburn 3-1 manakala The Blues menumpaskan 2-0 Bolton dan Manchester United menang 1-0 selepas mengalahkan Sunderland di Old Trafford.


5 perlawanan terakhir Arsenal.

2-1 Manchester United (menang)
0-2 Aston Villa (kalah)
0-3 Manchester City (kalah)
2-1 Chelsea (menang)
1-0 Wigan Athletic (menang)

Tuesday, December 2, 2008

Fabregas....the new captain in Arsenal....



Tanggal 30 November 2008 menyaksikan Arsenal melakukan perubahan besar apabila menumpaskan Chelsea 1-2 di Stamford Bridge hasil jaringan Van Persie pada minit ke59 dan 62. Perubahan besar yang dimaksudkan ialah kapten baru dilantik iaitu Franscecs Fabregas Sidlor. Dia adalah bakat besar dalam Arsenal dan dia juga tergolong dalam future talent.

Arsenal mengambil Fabregas daripada Barcelona. Dia adalah pelajar akademi Barcelona. Dia telah memasuki Arsenal pada usia muda iaitu lingkungan belasan tahun. Dia terlalu muda dalam Arsenal ketika itu.

Tetapi kini,dia telah melakukan sesuatu yang hebat dan menjadi kapten termuda Arsenal selepas William Gallas dipecat menjadi kapten akibat prestasi yang hambar dan terdapat pemain Arsenal ingin menjatuhkan William Gallas.

Sunday, November 30, 2008

Chelsea 1-2 Arsenal



CHELSEA 1-2 ARSENAL

(STAMFORD BRIDGE)


Arsenal yang menderita akibat kekalahan 2 kali berturut-turut ke tangan Manchester City dengan gol 0-3 dan Aston Villa (2-0) akhirnya berjaya mendapat kemenangan setelah menumpaskan Chelsea 1-2 menerusi dua jaringan cantik daripada Van Persie.
Dimulakan perlawanan,Arsenal yang berwajah baru apabila buat pertama kali bagi Fabregas menjadi kapten baru untuk Arsenal.

Pada awal perlawanan, Arsenal dan Chelsea sering berasak ke kubu lawan masing-masing untuk menjaringkan gol.Tetapi pada minit 29,Bosingwa;pemain Chelsea membawa bola lalu membuat hantaran dan terkena kaki Djourou;pemain Arsenal yang menyumbat gol pertama Chelsea pada malam tersebut. Bagi peminat Arsenal,ia sungguh kecewa kerana Djourou gol sendiri pada malam itu.

Seterusnya pada minit ke-59, Arsenal akhirnya memecah kebuntuan apabila Denilson mendapat bola hasil hantaran Adebayor lalu memberi kepada Van Persie yang kelihatan 'ofsaid' lalu merembat padu ke gawang Chelsea yang dijaga Cech.

3 minit selepas jaringan tersebut,Van Persie sekali lagi menyumbat gol kemenangan untuk Arsenal apabila mendapat bola hasil hantaran Adebayor dari sudut kotak penalti. Chelsea seakan-akan ditimpa malang dalam tempoh 3 minit. Perlawanan berkesudahan Chelsea tumpas kali kedua dalam tempoh 89 tahun di tempat sendiri dengan 1-2 kepada Arsenal.



"IN ARSENE,WE TRUST"

Rekod 6 perlawanan terakhir Arsenal
4-4 Tottenham (seri)
1-2 Stoke City (kalah)

2-1 Manchester United (menang)
0-2 Aston Villa (kalah)

0-3 Manchester City (kalah)
2-1 Chelsea (menang)

Saturday, November 8, 2008

6 minit : 2-1 Arsenal lawan M.U?



ARSENAL 2-1 Manchester United
Emirates Stadium (Full Time)


Arsenal akhirnya menamatkan rekod buruk musim ini dengan menewaskan Manchester United (M.U) 2-1 di Emirates Stadium malam tadi (Waktu Malaysia). Arsenal dengan memulakan rentak hambar apabila Manuel Almunia telah membuat kesalahan dengan menangkap bola yang diberi oleh Mikael Silvestre yang cuba selamatkan keadaan gawang Arsenal. Almunia sepatutnya menyepak terus bola yang diberi Silvestre tetapi beliau menangkapnya bagi menggelakan Carrick menguasai bola tersebut.

M.U telah banyak membuat serangan pada kubu Arsenal. Namun, pada minit ke-22,pemain muda Perancis;Samir Nasri telah menghadiahkan gol untuk Arsenal apabila pertahanan M.U mula kucar-kacir selepas hantaran lintang daripada sepakan sudut oleh Cesc Fabregas tersasar lalu disambut mudah oleh Nasri dengan merembat mengenai kaki Carrick.

Pada minit ke-47 (tidak silap saya), Nasri sekali lagi membolosi gawang M.U apabila Fabregas memberi bola kepada Nasri lalu dsudahi dengan mudah membolosi gawang Van Der Saar.

Seterusnya,Carrick telah melakukan kesilapan apabila tersepak penjaga gol Arsenal, Almunia pada minit ke-62 yang menyaksikan Almunia cedera dimuka dan digantikan penjaga gol simpanan Arsenal,Lukasz Fabianski.

Alex Ferguson tidak senang dan gelisah lalu menukar pemain berprofilik tinggi iaitu Rooney dengan Rafael da Silva membuahkan hasil apabila beliau menjaringkan gol saguhati untuk M.U pada minit ke-89.

Pada minit-minit akhir perlawanan,Arsene Wenger begitu marah apabila masa kecederaan yang dilanjutkan sehingga 6 MINIT?!! 6 minit adalah begitu lama dalam arena bola sepak untuk menang. Dalam 6 minit,apa-apa akan terjadi. Walaubagaimanapun,Arsenal tetap pulang 3 mata penuh dengan bergaya menumpaskan Mancehester United 2-1 dilaman sendiri.

Berikut kini rekod 3 perlawanan akhir Arsenal:
4-4 Tottenham Hotspurs(D)
,
2-1 Stoke City(L),

2-1 Manchseter United(W)