mari2 lihat!!!

Showing posts with label Hari-hari dalam sejarah. Show all posts
Showing posts with label Hari-hari dalam sejarah. Show all posts

Sunday, February 8, 2009

Web Baru!!

layarilah laman web www.anjakanparadigm.wordpress.com

orang yang sama iaitu saya mengendalikan web tersebut. Namun,web ini akan terus bergerak seperti biasa tetapi jarang di'update'kan kerana tumpuan menghadapi PMR dan tinggal di asrama.

Anyway,layarilah laman web serba baru dan nafas baru...

Saturday, February 7, 2009

Perak...SPR...Lompat Parti....

Pada 1 Februari lalu,2 orang ADUN Pakatan Rakyat dikatakan meletak jawatan tetapi dinafikan oleh mereka dalam sidang akhbar yang diwakili orang lain pada keesokan harinya.Mereka dikatakan hilang sebelum ini dan tidak menghadiri mesyuarat Exco Negeri.Jelas ini menimbulkan tanda-tanya kerana kehilangan mereka berdua bukan perkara biasa tetapi luar biasa yang tidak pernah berlaku dalam arena politik Malaysia.

Beberapa hari kemudian,kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah tumbang oleh sindrom lompat parti yang dianjurkan BN dan Raja Perak. Raja Perak telah menitahkan Datuk Seri Ir. Nizar meletakkan jawatan sedangkan dalam Perkara 16(6),sistem Raja Berperlembagaan Malaysia,Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) tapi tidak Menteri Besar. Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN,undi tidak percaya dalam sidang DUN atau Menteri Besar tersebut letak jawatan.

TIdak hairanlah Datuk Seri Ir. Nizar bertidak berani mempertahankan hak rakyat yang memilihnya. Biar rakyat yang menentukan. Bersama-sama kita melihat kebenaran dan anjakan paradigma dalam arena politik Malaysia yang kini dalam kebenaran dan kepalsuan. SPR juga enggan mengadakan Pilihanraya Kecil di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering yang dikosongkan oleh YDP Speaker Perak. Keputusan YDP Speaker Perak tidak boleh dipertikaikan dan muktamad.

Semoga Allah memberi kerahmatan kepada Datuk Seri Ir. Nizar dan ahli ADUN PR lain yang sedang sabar menghadapi ujianNya.

Saturday, January 24, 2009

Yang Terlewatkan ,,,

Semua memang yang terlewatkan,,
Memang amat lewat dan terlewat,,
Musnah musnahlah impian,,
Menjadikan Gaza makin gawat...

Apa yang aku buat???
Memboikot barangan Israel??

Kenapa tak lakukan 60 tahun dahulu ketika Zionis menawan Palestin??

Baru 6 minggu serangan berlalu,baru nak boikot??

Jangan gebang!!!


Allah tak suka orang yang cakap tak serupa bikin....
Pada 27 Disember 2008, Semenanjung Gaza diserang hebat oleh koloni zalim Zionis. Mereka telah menyerang Gaza selepas beberapa minggu perjanjian damai diantara Hamas dan Israel tamat. Zionis menyerang Gaza dengan alasan untuk menghapuskan pengganas. Pengganas yang dimaksudkan itu ialah Hamas. Hamas adalah sebuah parti politik yang bertunjangkan Islam menang di Gaza dalam PRU 2006 Palestin.Hati dan jiwaku bertambah pasrah lagi apabila kemangkatan YDP Besar Negeri Sembilan mangkat.Rakyat Gaza menangis disana-sini. Memerlukan keamanan untuk kejayaan. Rumah sakit,pesantren dan lain-lain musnah dibom oleh Zionis laknatullah.Jiwa-jiwa rakyat Gaza bersabar walaupun jasad mereka dimusnahkan atau disiksakan. Mereka yang berjihad di jalan Allah semoga menemui jalan syahid.....

Konflik Israel–Gaza 2008–2009 yang berada di kemuncak konflik apabila pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara, dikenali dengan nama Operation Cast Lead oleh Pasukan Pertahan Israel. Operasi ini disasarkan kepada ahli-ahli dan infrastruktur Hamas dan ia juga dikenali sebagai Pembunuhan beramai-ramai Gaza (bahasa Arab: مجزرة غزة‎) di kalangan kebanyakan negara di dunia Arab.Israel mendakwa serangan itu dimulakan kerana meningkatnya serangan roket ke dalam Israel, mereka juga mendakwa serangan ini bertujuan memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas untuk melancarkan serangan yang serupa di masa depan. Hamas menyalahkan Israel atas tamatnya tempoh reda itu, kerana Israel tidak mematuhi semua syaratnya yang termasuk penamatan pengepungan Jaluran Gaza.Persengketaan ini merupakan yang terburuk sejak Hamas mendapat kejayaan politik pada awal 2006.

Sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh pada hari pertama ini, menjadikannya hari paling ramai yang terkorban dalam sejarah konflik Israel-Palestin. Sehingga Ahad 4 Januari 2009, jumlah korban Palestin telah meningkat melebihi 500 orang.
Imbang Penuh

Angkatan Tentera Udara Israel menjatuhkan 100 tan ledakan bom dan 95 % mencapai sasaran yang dikehendali. Menurut sumber Israel, mereka berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan yang dibina Hamas. Ini termasuklah balai polis,penjara dan pusat kawalan yang diibina oleh pihak berkuasa pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza, Bandar Gaza, Beit Hanoun di utara, Khan Younis dan Rafah di selatan.

Pasukan perubatan melaporkan 287 warga Palestin terbunuh serta merta di kawasan kemalangan atau selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. 900 cedera parah yang kebanyakannya anggota polis dan anggota pergerakan Hamas, orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Serangan Zionis telah menyebabkan banyak kemusnahan berlaku di Gaza. Anak-anak kecil menangis sedih terlihat bapanya syahid dihadapanya. Bayi yang tidak berdosa ditembak mati dan dibom oleh bom sulfur yang mampu memusnahkan kulit. Tetapi bom tersebut tidak mampu memusnahkan jiwa rakyat Palestin untuk bangkit menentang. Seramai 80 anggota tentera Zionis Israel mati akibat dibunuh oleh tentera Hamas dan utara Israel telah diserang oleh Hezbollah yang suatu ketika pernah menewaskan tentera Israel yang gagal menawan selatan Lebanon dalam tempoh 2 minggu. Tetapi tewas dalam tempoh 43 hari saja,Israel kehilangan 2000 askar manakala Hezbollah seramai 100 orang syahid.Ingatlah wahai umat Muhammad!! Setiap anak Adam dimuka bumi ini khalifah!!

Perlu adanya Khalifah Daulah Islamiyyah!!

Hai, rakyat Malaysia!!!

Sudahkah kau memberi bantuan kepada warga Palestin??


Sudahkah engkau tidak lagi membeli barangan Israel??

Sudahkah kau menghapuskan undang-undang ala Israel??

Sudahkah kau berdoa Qunut Nazillah??


Sudahkah kau mengerti??

Friday, January 23, 2009

Kemenangan luar biasa!!!






Tahniah kepada Pas cause telah berjaya mengalahkan calon BN,Wan Ahmad Farid dalam PRK di Kuala Terengganu. Kemenangan tersebut memastikan Pas dan PR memenangi kerusi Parlimen ke-83 dengan kelebihan majoriti 2,631 undi. Ahli Parlimen Kuala Terengganu,Mohd Abdul Wahid Endut adalah calon berpengalaman berbanding Wan Ahmad Farid yang adalah muka baru di Kuala Terengganu.


Ketua Umum KeADILan,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan calon Pas dalam PRK Kuala Terengganu sebagai isyarat jelas rakyat telah menolak BN,sekaligus membuktikan parti berkenaan tidak lagi relevan.

Beliau menambah lagi,keputusan PRK Kuala Terengganu akan mempengaruhi pengundi di Sabah dan Sarawak yang akan mengikut jejak langkah pengundi di Semenanjung deni membuat perubahan.


Pada PRK kali ini,calon Pas,Abdul Wahid Endut memenangi 32,883 undi manakala undi BN sebanyak 30,252 dan calon Bebas Azaharuddin Mamat meraih 193 undi.Majoriti undi 2,631 jauh lebih besar berbanding kelebihan undi calon BN dalam PRU 2008,iaitu 628 undi.






Friday, January 2, 2009

Detik2 Bersejarah!!!

2009 penentu 1994's...
Hye,,,


Silap2 Assalamualaikum kepada semua pelajar yang akan balik ke asrama pada 4 Januari 2009 bersamaan 7 Muharram 1430 Hijrah. Apa rasanya menjadi calon PMR 2009?? Aduyai,,, Tahun ini seluruh manusia yang merangkap tarikh lahir di I/Cnya: 94XXXX-XX-XXXX akan menghadapi ujian dan cabaran getir PMR yang akan bakal dipecah rekod oleh batch 1994 dengan majoriti 100% akan mengalahkan jumlah calon PMR 2008,,hukhuk....
"Yakin diri,buangkan perkara yang kurang baik supaya dapat dekatkan diri kepada Maha Esa dan khusyuk dalam solat dan doa kerana hubungan denganTuhan amat penting dalam sukses kejayaan seseorang." itulah kata-kata seorang calon PMR 2008,Mohd Syarmine yang mendapat 9A dalam PMR. Dia mengkonklusikan (kesimpulan) bahawa hubungan dengan Tuhan amat penting supaya tidak berlakunya 'Istigrash'.Dia ditemuramah ketika mengambil keputusan PMR 2008 di sekolahnya,yakni SMK Agama Pedas.

Semoga kejayaan calon PMR 2008 menjadi inspirasi kepada calon-calon PMR 2009 yang bakal menghadapi cabaran getir dan sukses dalam PMR!!!

Berbalik kepada asrama yang amat dirindui selama beberapa bulan,(bagi korang aku x taw plak..) semoga kita dapat study dengan rakan-rakan setingkatan dalam keadaan tenang dan riang disertai kerjasama. Seperti kata-kata siri kartun kegemaran ramai, Wonderpet iaitu:
"Apa yang penting?!!! Kerjasama! Apa yang penting?!! Kerjasama!".
Jika strategi PMR berjaya siap dalam keadaan yang berkecamuk di rumah,perlu diingat strategi untuk menghadapi masalah asrama perlu dirancang supaya tidak berlaku perkara buruk seperti 'function' dan lain2. Jaga diri-diri baik kepada korang semua yang akan duduk asrama serta yang bakal menghadapi PMR,,

Sekian,daripada Sutan Fitrie As-Sahabatiniyyah... Wassalam!!

Pas yakin menang!!!


KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong.

Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.

Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.
Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustapa ketika PAS melakukan di Terengganu pada tahun 1982.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)
DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.
Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.

Wednesday, December 31, 2008

2009 : Harapan Baru ....


2009 akan menyaksikan HARAPAN BARU untuk semua warga EVOPE 1994 yang akan mengambil PMR seperti mana yang berlaku kepada JETS SMKAP 1993 yang berjaya memperolehi 9A seramai 24 orang. Tahniah! Diucapkan kepada mereka dan terima kasih memberi sedikit sebanyak inspirasi tahun baru 2009 kepada kami warga EVOPE yang masih lagi menagih ilmu daripada cikgu2 yang berusaha untuk menumpahkan ilmu kepada kami sempena PMR 2009 ini yang akan menentukan masa depan bidang kami dalam SPM 2011....

THAT'S ALL for 2008 and EVOPIAN 1994 WILL RISING in PMR!!!

''2009''
Tahun Baru,,,
Raja Baru,,,
HARAPAN BARU,,,
Semangat Baru,,,
Kerajaan Baru,,,
HAHAHAHA!!!

insha-Allah
PMR 2009A!!!

Tuesday, December 30, 2008

keMUnCuLAn baRu!!



Ok! Ok! Ok! 2008 dah dekat habis... Tahniah kepada all JETS 2008 kerana berjaya mendapatkan 9A seramai 24 orang!! Pasni, kitowg EVOPE pecahkan rekod dengan menjadi 82 orang lalu menafikan 2/3 majoriti parlimen...hehe...

Dengan penghabisan 1429 H dan tahun 2008 Masihi ini,penulis AnJAkaN pArAdiGM!!! telah membuat satu cover muka depan yang agak serabut untuk tahun 2008 dan 1429 Hijrah yang bakal melabuhkan tirainya pada malam ini..

2008 telah menyaksikan perubahan melampau dalam politik Malaysia ataupun 'Tsunami politik 2008' apabila pembangkang menang 82 kerusi parlimen sekaligus menafikan 2/3 majoriti Parlimen.Tidak lupa kejayaan sukan Malaysia 2008 amat membanggakan apabila memenangi pingat perak Olimpik Beijing 2008 dalam acara perseorang badminton dan mengungguli GP Super Series di Sabah serta kejohanan SUA 2008 pada pertengahan bulan Disember lalu menunjukkan sedikit perubahan dalam sukan Malaysia.

Suka dan duka 2008 amat banyak berlaku dalam dunia ini apabila Gaza diserang hendap oleh Israel sejak 27 Disember lalu selain kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang mengiringi kedukaan rakyat Malaysia pada akhir 2008 serta Tragedi Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa. Juga, serangan Mumbai pada akhir November lalu meninggalkan kesan kerana serangan keatas Mumbai sudah berlaku 2 kali. Kegagalan skuad Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2008 juga dikritik hebat oleh peminat tempatan.


Peristiwa suka 2008 pula menyaksikan Bush pula dibaling kasut oleh wartawan Iraq,Muntadar Al-Zeidi yang dimartabatkan sebagai hero Islam. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 juga menunjukkan DAP ,Pas dan PKR boleh bergabung dibawah satu panji serta kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Permatang Pauh juga mencatatkan sejarah baru dalam politik Malaysia. Pelancaran album akhir band indonesia terkenal,peterpan "Sebuah Nama Sebuah Cerita" juga menunjukkan peningkatan apabila terjual sebanyak empat juta unit.

That's all,sekian daripada saya, Sutan Fitrie As-Sahabatiniyyah.... Assalamualaikum dan salam sejahtera

SALAM MAAL HIJRAH 1429 H
and

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Monday, December 29, 2008

Tuanku Mukhriz ialah orangnya!!

Daulat Tuanku!!








Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (1949-) telah dilantik secara rasminya menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. Majlis tersebut berlangsung di Balairung Istana Besar Seri Menanti,Negeri Sembilan sejurus pemakaman Tuanku Jaafar pada petang tadi.Sebanyak 86 das tembakan meriam ditembak bersamaan umur baginda,Almarhum Tuanku Jaafar yang mangkat berumur 86 tahun.

Tunku Mukhriz, 59, dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, berikutan kemangkatan Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lalu.

Tunku Mukhriz dipilih daripada empat orang calon. Tiga lagi ialah Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar and Tunku Panglima Besar Tunku Putera Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.

Baginda merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.

Pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Tuanku Mukhriz juga mempunyai 3 orang anak lelaki iaitu : Tunku Ali Redhauddin Muhriz, 31, Tunku Zain Al’Abidin Muhriz, 26, and Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.

Sementara itu, istiadat pemakaman jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan dijalankan selepas solat Asar hari ini.



SENARAI YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN 1773 hingga kini.
  • 1773-1795: Raja Melewar
  • 1795-1808: Raja Hitam
  • 1808-1824: Raja Lenggang
  • 1824-1861: Raja Radin
  • 1861-1869: Yamtuan Imam
  • 1869-1887: Yamtuan Antah
  • 1887-1888: Tengku Ampuan Intan (pemangku Raja)
  • 1888-1933: Tuanku Muhammad
  • 1933-1960: Tuanku Abdul Rahman
  • 1960-1967: Tuanku Munawir
  • 1967-2008: Tuanku Jaafar
  • 2008-2008: Tuanku Mukhriz


Saturday, December 27, 2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,' kata beliau dalam sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini, lapor Bernama.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan
kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Berkabung 40 hari

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari,
bermula hari ini.

"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,' katanya.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi esok.

Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas rohnya. Amin Ya Robal Alamin.

Thursday, December 25, 2008

PPSMI: GAPENA BERI KATA DUA PADA HISHAMMUDDIN SEHINGGA 31 DIS...


Gapena beri kerajaan tempoh sehingga 31 Disember

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk kerajaan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.

Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.

"Menteri Pelajaran boleh cakap kami beremosi. Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya pada pemberita selepas majlis makan malam Gapena bersama media, di sini, malam tadi.

Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran keduadua subjek itu kepada bahasa Melayu.

"Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Pada majlis yang sama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan akhbar Utusan Malaysia menerima anugerah sulung Anugerah Citra Gapena. BERNAMA


Saturday, December 20, 2008

BN dah mengorak langkah...


PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU
17 JANUARI 2008




BN atau Barisan Nasional telah menamakan calon mereka pada petang tadi manakala Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon mereka pada esok hari dan memastikan penambahan ahli parlimen pembangkang daripada 82 orang menjadi 83 orang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan perkara itu pada hari ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail pada 28 Nov lepas.

Adakah calon Pakatan Rakyat, Mohammad Sabu yang bertanding atas tiket Pas pada Pilihanraya Umum yang lalu? Mampukah BN mempertahankan kerusi Kuala Terengganu selepas tewas dalam PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 yang lalu?

Saksikanlah Gelombang Rakyat...

Friday, December 19, 2008

PRK Kuala Terengganu P-36..

HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Pakatan Rakyat nampaknya mempunyai menang di kawasan Kuala Terengganu kerana kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong selepas penyandangnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Nik Aziz berpendapat Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang kalah pada pertandingan bagi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum Mac adalah pelengkap terbaik untuk mendapatkan semula kerusi dan digambarkan sebagai seseorang yang “gift of the gap."

Mohammad Sabu dikatakan bersedia untuk bertanding buat kali kedua dalam PRK Kuala Terengganu dan sedia menjadi ahli Parlimen ke-83 dalah Pakatan Rakyat.

Thursday, December 18, 2008

(Bahagian 1) Kem ISMA.....kat Gunung Datuk,Bandaraya Rembau..


Assalamualaikum!!

Apa kabar semua pembaca blog AnJAkAN pAraDigM!!!...Saya sudah lama cerita tentang diri saya yang dah purba sementara. Saya nak cerita sedikit sebanyak holiday saya ketika musim cuti sekolah sesi 2008 ini...


Saya telah mengikuti kem dekat Gunung Dato' pada 13 Disember dan 14 Disember 2008. Kem tersebut dianjurkan oleh ISMA Melaka. Ini wat pertama kalinya saya pergi ke kem yang Islamik
sikit. Saya telah diajak oleh abang ipar saya. Dia ader kawan dalam jawatan besar ISMA Melaka, jadi saya pun nak pergilah untuk mengisi masa yang amat terlapang pada musim cuti ini. Saya ceritakan yee....Tapi panjanglah..."Pendek kan jerk.."Aku nak kongsi ngan korwg..

Hari pertama

(13 Disember 2008...0830 pagi,bertepatan Matahari berada di latitud separa cerah..)

Aku bangun..fuh..ngantuknyer..yelah,first time bangun awal dalam sejarah cuti minggu ni...slalunyer pukul 10 pagi..(sembahyang subuh larh...). Aku pun terus berkemas dan bersiap sedia nak pergi ke kem ini. Maklumlah..first time katakan..dan terus aku mencapai pakaian yang amat kusayangi selepas baju Arsenal iaitu baju Liverpool (home..tapi xder jenama carlsberg..). Pada pukul 11:00 pagi,akak aku dan abg ipar aku dah siap lalu terus menaiki kereta Perodua Viva yang memecut laju ke Gunung Dato'.

(1130,Matahari menghampiri zon tegak dikepala.)

Akhirnya sampailah ke bandaraya Rembau,bandaraya Rembau yang amat cantik dan menarik serta menyedapkan lagi mata memandang jika tidak singgah ke IPD Rembau.Hoho..tuh tempat keje ayah Are-Lai ngan Copa....And then,smpilar ke Gunung Dato' yang indah tuh...Aku pun mendaftar diri smbil tuh ak tgk ade owg x yang kukenali..namun harapan yang menggunung...tiada akhirnya owg yang kukenali selain Presiden ISMA Melaka iaitu, Mursyidi( teringat Rusydi...).

(1330,Matahari sudah berada tepat dilangit lalu menunaikan solat Zuhur.)

Peserta program ini seramai 55 orang. Lelaki 31 orang manakala perempuan pulak...24 orang...Namun, lelaki dan perempuan diasingkan. Orang pertama yang aku kenal ialah Firdaus..dia lahir sama ngan aku iaitu 10.8.1994...(Datuk Seri Anwar Ibrahim bezday..). Dia ni ok jer dan sering mengikuti aku kemana saje. Peserta program ISMA ini diagihkan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan ader name..kumpulan satu...AL-Khair...kumpulan ke-2(kumpulan aku..)..Uthmaniyyah manakala kumpulan ke-3..Ibnu Sina dan kumpulan empat ialah Saifullah. Mule2 x berape kenallah tapi bez jugak dapat member yang klaka....Lepas tuh kena pasang khemah,aku teringat pulak tyme perkhemahan pengakap pada bulan 3 yang lalu..hari tuh aku bawak poster undi PKR..saje jerk manifesto kerajaan baru...tempat yang aku khemah tuh asalnya tempat dak pompuan Skewl aku camping dulu...

(1542,Matahari hampir berada di zon Asar.)

Kitowg kena men game..treasure hunt katekan..memang mencabar koba kau....payah pikiran aku untuk mengatasi eh...Aku ngan kumpulan aku dapat gak memikirkannyer..Pas2 pergi pulak buat ..ah...malaslah pikir..menambah poning palo adolah..

(1750,Matahari dikaki langit...hehe..tokodah jerk)

NI yang bezz...yang kunantikan dalam program ni...iaitu "AKTIVITi AIR>>>.."..huhu,memang syok habih...den boronang gayo Alex Lim Keng Liat...bukan Michel Phelps taw....memang bez banyak kene wat dalam aktiviti tuh..contohnyer buat perahu manusia dan sowg kene duduk atas perahu manusia lalu kene menyeberangi sungai dalam tempoh satu minit. Kumpulan aku akhirnya menjadi johan apabila mencatat masa 45 saat jerk..Rekod baru Malaysia... satu pencapaian yang amat hebat dan terbaik dalam sejarah ISMA..('kononlah..')

Ok...itu jerk untuk hari pertama..nanti tunggu sambungan nyer...bubye...Assalamualaikum...

Saturday, December 6, 2008

7 Disember 1941...


Kerajaan Imperial Jepun (1878-1945)



Hari ini genaplah 67 tahun serangan Jepun terhadap Pearl Harbor dan pendaratan Jepun ke Kota Bharu (x taw arh time tuh banjir x...) yang menyaksikan pertumpahan darah militer tentera laut dan Udara Amerika Syarikat. Kejadian tersebut berlaku pada 07:53 pagi di Oahu berdekatan dengan Pulau Hawaii.Serangan ini telah dikenali sebagai Pengeboman Pearl Harbor dan Pertempuran Pearl Harbor tetapi, paling biasanya, Serangan ke atas Pearl Harbor atau secara ringkas Pearl Harbor.

2000 tentera Amerika telah terkorban dalam serangan maut Jepun tersebut. Ini merupakan tamparan hebat Amerika daripada sebuah negara Imperial Asia yang mengaku melindungi Asia dengan slogan 'Asia Untuk Orang Asia' dan mahu membebaskan Asia daripada cengkaman penjajah selepas kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada 23 Mac 1924.

Matlamat serangan pada Pearl Harbor adalah untuk melumpuhkan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik, walaupun untuk sementara. Laksamana Isoroku Yamamoto sendiri menyatakan bahawa serangan yang berjaya sekalipun hanya memberikan setahun dua kebebasan bertindak dengan menyerang Malaya dan Indonesia.

Pada 8 Disember 1941, Kongres Amerika Syarikat telah mengisytiharkan perang ke atas Jepun dengan Jeannette Rankin merupakan undi menentang tunggal. Franklin D. Roosevelt menandatangani pengisytiharan perang tidak lama kemudian, menggelar hari sebelumnya "tarikh yang akan kekal dalam infantry." Kerajaan Amerika Syarikat meneruskan kerahan tentera, dan mula bertukar kepada ekonomi perang.

Tuesday, December 2, 2008

Palestin........Dilema Besar atau Hari Yang Cerah??


Palestin,semua orang tahu tentangnya...Ia bukan khayalan atau ilusi tetapi ia sebuah kebenaran yang berlaku pada masa kini. Umat Islam sudah lama tidak mengambil berat sejak Perang 6 Hari atau dikenali dalam bahasa Inggeris Sixth Day War. Liga Arab telah bergabung menjadi 6 yang terdiri daripada negara Jordan,Mesir,Iraq,Syria,Lebanon dan negara kelahiran Nabi Muhammad s.a.w iaitu Arab Saudi.

Orang Yahudi menakluk Palestin untuk dijadikan negara Israel Raya (nama Nabi Ya'akub). Ia meliputi Semenanjung Sinai (tempat Nabi Musa bermonolog dengan Allah),Madinah yang menyaksikan mereka dihalau akibat kekalahan dalam Perang Khaibar dan Iraq (tempat mereka mendiami Mosul). Selain itu,mereka mahu meruntuhkan Masjdil Al-Aqsa,masjid ke-3 yang suci dalam Islam dan kiblat pertama dalam Islam untuk membina kembali Haykal Sulayman yang dikatakan dibina oleh Nabi Daud a.s.

Nama Masjidil Al-Aqsa yang terletak di Baitul-Maqdis cukup dikenali dikalangan umat Islam,termasuk dinegara ini. Selain itu,ia tempat paling penting dalam peristiwa Isra' Mikraj,ia juga mengandungi 1001 rahsia sejak zaman Nabi Adam hinggalah kini.


Al-Quran ada meyebutnya bersama Masjidil Haram dalam permulaan Surah al-Isra' iaitu:

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Maha Suci (Allah) yang memperjalankan hambaNya diwaktu malam dalam beberapa saat,dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa....." (surah al-Isra': 1)

Seperti yang tercatat dalam sejarah dunia,Masjidil Aqsa pernah dikuasai oleh orang Salib pada tahun 1099 hingga dibebaskan oleh Salahuddin Ayubi pada 1187. Bagaimana nasib tempat suci ini pada ketika itu?

Mulai bilakah umat Islam menyelamatkan dan memelihara Masjidil Aqsa serta benarkah Yahudi masuk ke kota Jerusalem untuk menyelamatkan Haykal Sulayman yang mereka sangka ada di Masjidil Aqsa atau memang nak merampas hak-hak orang Palestin seraya mendirikan negara Israel raya?


Fikir-fikirkanlah,wahai umat Islam!!!