mari2 lihat!!!

Tuesday, September 30, 2008

Syawal di 1429 Hijrah

Raya di desa amatlah berbeda dibandingkan dengan kotaraya. Desa amatlah aman walaupun ngak maju dan moden seperti kotaraya Seremban,Senawang mahupun Paroi. Tidur yang lena, sejuk dan berkabus serta air mandi yang boleh kukatakan sejuk hingga menusuk tubuh hinggakan gue nggak sabar menyambut hari yang mulia...(tetibo speaking Indon plak...hehe).

Malam ni adalah malam raya.takbir baru sahaja berkumandang di televisyen selepas sahaja azan maghrib bergema.Semestinya saya merasa akan hiba kerana bulan
ramadhan baru sahaja meninggalkan kita.Entah saya telah merasai kehebatan malam Lailatul-Qadr atau tidak,tetapi saya amat mengharap saya memperolehinya.Malam ini malam raya,dan sepatutnya ia lebih ceria berbanding tahun-tahun sebelum ini.tetapi,ianya bukanlah seperti saya harapkan.

Sebenarnya buat pertama kali dalam sejarah dunia kehidupan aku,aku raya kat kotaraya Paroi a.k.a DUN Paroi yang diperintah oleh PAS (politik kejap...hehe..).Walaupun aku cuba nak rasa raya kat sini.
best tak...kalau best baguih arh.... Tahun ni aku tak main mercun pun. Tanpa mercun pun,raya Aidilfitri 1429H tetap meriah hinggakan aku dapat ahli baru dalam keluarga iaitu abang ipar aku yang bernama Idris bin Mohamed telah menikahi akakku Nor Fhadilina binti Mohd Fudzi tepat pukul 1232 pada 24 Mei 2008 (setahun pelancaran album peterpan HARI YANG CERAH).

Selepas solat sunat Aidilfitri, aku dan keluarga akan balik ke Batu Kikir dan Gemas (tak dekat dengan Felda Pasir Besar. [someone at there..]). Di kampung nanti, berjumpalah sanak-saudara yang sudah lama tidak mendengar cerita dan khabar kerana sibuk dan dihari lebaranlah menjadi saksi pertemuan.Duit raya dapat,mercun free (mungkin dapat kowt...),sanak-saudara yang dah lama tak jumpa. Ya Allah,Engkaulah telah menentukan takdir menemukan aku dengan sanak saudaraku...

Saturday, September 13, 2008

pErANg BAd@R!!!



Ingat tak peperangan pertama dalam Islam iaitu PERANG BADAR AL-KUBRA yang berlaku pada 17 Ramadhan 2 Hijrah bersamaan tahun 624 M (17 Mac) di Hijaz dari barat Semenanjung Arab (Arab Saudi masa-kini), merupakan pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan pemusingan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w serta penentu agama Islam pada masa depan. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah.

Sebab peperangan ini bermula karena,pada musim bunga 624 M, Muhammad menerima khabar bahawa kafilah dagangan yang diketuai Abu Sufyan dan dikawal oleh 30-40 orang, telah bertolak dari Syria kembali ke Makkah.
Kafilah tersebut didana dengan duit yang ditinggalkan kaum Muslimin ketika berhijrah ke Madinah. Pihak Quraisy menjual semua barangan mereka dan menggunakan duit tersebut untuk menaja kafilah tersebut untuk mempermain-mainkan pihak Muslimin. Muhammad mengumpulkan kekuatan seramai 313 orang, kumpulan tentera yang paling ramai yang pernah pihak Muslimin kumpulkan ketika itu.

Pada tengah malam 17 Mac, tentera Quraisy siap berkemas dan mula bertolak ke lembah Badar. Setelah hujan pada hari sebelumnya, mereka terpaksa bekerja lebih untuk mengalihkan kuda dan unta mereka ke bukit 'Aqanqal (sumber mengatakan matahari telah terbit apabila mereka tiba di puncak bukit). Selepas mereka turun dari 'Aqanqal, tentera Makkah mendirikan perkhemahan di lembah. Ketika mereka berehat, mereka menghantar pengintip, Umayr ibn Wahb untuk melihat barisan tentera Muslim. Umayr melaporkan yang tentera Muhammad adalah kecil bilangannya, dan tiada pasukan Muslim lain yang akan menyertai peperangan itu. Walau bagaimanapun, dia juga meramalkan kecederaan teruk pada tentera Quraisy dalam serangan itu nanti (Satu hadis merujuk dia melihat "unta-unta [Madinah] sarat dengan kematian").Ini kemudiannya meruntuhkan semangat puak Quraish, kerana peperangan orang Arab lazimnya tidak begitu mencederakan hingga parah. Ini menyebabkan satu lagi pertengkaran antara pemimpin Quraisy.

Pertempuran bermula dengan perwira kedua tentera bersemuka untuk bertarung. Tiga orang Ansar muncul dari barisan Muslim, tetapi ditolak Musyrikin Makkah, yang tidak mahu memulakan persengketaan tidak perlu dan cuma mahu berlawan dengan Muhajirin Makkah. Lalu keluarlah Ali, Ubaidah dan Hamzah. Mereka berjaya menewaskan wakil Quraisy dalam perlawanan tiga-lawan-tiga, walaupun Ubaidah cedera membawa maut.

Kini, kedua-dua pihak memulakan serangan panah terhadap satu sama lain. Dua orang Musilm dan beberapa orang Quraisy telah terbunuh. Sebelu seragan bermula, Muhammad telah mengeluarkan arahan kepada tentera Muslim untuk menyerang dengan senjata jarak jauh, dan hanya berhadapan dengan tentera Quraisy dengan senjata tangan apabila mereka mara. Kini, baginda mengarahkan untuk menyerang, dengan membaling segenggam batu kerikil kepada tentera Makkah yang mungkin perlakuan lazim orang Arab sembil meneriak "Cacatlah muka itu!" Tentera The Muslim turut menjerit "Yā manṣūr amit!"dan mara ke barisan tentera Quraisy. Ketegangan serangan pihak Muslim boleh dilihat dalam beberap ayat Qur'an, yang merujuk ribuan malaikat turun dari langit ke Badar untuk mengalahkan Quraisy. Harus diperhatikan yang sumber awal Islam mengambilnya secara harfiah, dan terdapat beberapa hadis yang baginda Nabi Muhammad membincangkan Malaikat Jibrail dan peranannya dalam peperangan itu. Bagi pihak Musyrikin Makkah, kekurangan kekuatan dan tidak bersemangat untuk berperang menyebabkan mereka berpecah dan bertempiaran lari. Peperangan hanya berlangsung selama beberapa jam dan tamat menjelang awal tengah hari.


Friday, September 12, 2008

16 September



1960-an




Beberapa hari lagi rakyat Malaysia akan menyambut ulang tahun ke-45 sempena pembentukan Malaysia yang diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 16 Sepetember 1963.Idea pembentukan ini tercetus semasa Tunku Abdul Rahman menghadiri Sidang Wartawan-Wartawan Asia yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1961. Tunku berucapkan mahukan penubuhan Melayu Raya tetapi tidak kesampaian.Namun, Tunku telah berubah pikiran mahukan pembentukan Malaysia hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu,Singapura,Brunei,Borneo Utara dan Sarawak.


Ini akan mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura,Brunei,Borneo Utara dan Sarawak daripada cengkaman penjajah British. Idea ini diterima seluruh dunia tetapi Indonesia yang mulanya menyokong telah berubah menentang pembentukan Malaysia.Malah,mereka menganggap pembentukan Malaysia adalah suatu neokolonialisme. Setelah mengadakan pungutan suara,pembentukan Malaysia hanya terdiri daripada Sarawak,Singapura dan Borneo Utara (Sabah) pada 16 September 1963. Manakala Brunei tidak memasuki gagasan Malaysia kerana tidak bersetuju dengan sistem giliran Yang DiPertuan Agong dan ekonomi mereka (mungkin ada alasan tertentu).


Pengisytiharan ini telah mencetuskan konflik diantara Malaysia dan Indonesia atau KONFRONTRASI MALAYSIA pada 1963. Akhirnya, Indonesia telah berdamai dengan Malaysia. Pada tahun 1965 bulan Ogos pada 9 haribulan,Lee Kuan Yuew Presiden Singapura telah menisytiharkan Singapura secara rasminya keluar daripada gagasan Malaysia.


2008.............



Ingat tak tarikh ini sering digembar-gemburkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) semasa beliau memenangi PRK di Permatang Pauh? DSAI dalam langkah ke Putrajaya selepas berjaya menduduki kerusi Parlimen Permatang Pauh. Dikatakan kerajaan baru akan dibentuk pada 16 September 2008 tetapi beberapa orang ahli parlimen BN telah pergi ke Taiwan pada 9 September hingga 17 September.


DSAI telah menjadi KETUA PEMBANGKANG selepas beliau mengangkat sumpah pada 29 Ogos 2008 dan hari itu jugalah Pembentangan BAJET 2009.Marilah kita lihat kecekalan dan ketabahan usaha DSAI dalam usaha membina NEGARA RAKYAT. PAKATAN RAKYAT untuk semua.....



p/s: Raja Petra Kamaruddin,penulis blog Malaysia Today telah ditahan akta ISA pada tengahari tadi.

Saturday, September 6, 2008

SALAM RAMADHAN



Saya daripada blog seBuAH bLoG SEbuAH CeRIta ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepadas semua umat Islam di seluruh Malaysia.
Selamat berpuasa dalam keadaan aman damai ini. Juga diingatkan menjaga mata sepanjang berpuasa. Berbuka puasalah dengan berpada-pada dan janganlah boros membelanja sempena hari lebaran yang akan menjelang tidak lama lagi.Assalamualaikum....Selamat bersahur...
Saya sajikan lukisan hasil seni saya.

Hari Penentu Politik Malaysia (26 Ogos)


26 Ogos 2008 telah menjadi penentu kepada gelombang politik Malaysia 2008 kerana penglibatan bekas TPM dan juga Penasihat PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik setelah sekian 10 tahun lamanya tidak bergiat aktif dalam bidang ini. Ini telah terjadi sejak tahun 1998 lalu, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara dan akhirnya keluar daripada penjara pada tahun 2004.
Anak Cherok Tok Kun ini bertanding dalam pilihanraya sejak tahun 1982,1986,1990 dan 1995 dan memenangi pilihanraya tersebut dengan menggunakan tiket BN. Dan sekarang, beliau telah berjaya kembali ke medan politik atas tiket PKR dan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu dengan majoriti besar iaitu 15,671 undi berbanding Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu iaitu 13,388 undi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenangi PRK Permatang Pauh dengan undi sebanyak 31,195 manakala calon BN, Datuk Ariff Shah 15,524 undi dan calon AKIM, Hanafi Mamat memungut undi sebanyak 92 undi. Ini memastikan peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi Parlimen ternyata terbuka.
Semoga perjuangan beliau akan menjadi nyata.