mari2 lihat!!!

Friday, July 11, 2008

1924....(KOTA Mati)

1924....... nampak cam simple jer nombor nih... kalo diubah menjadi tahun............. THE YEAR of 1924

INILAH CERITA 1924........

Apabila jatuhnya Sistem Pemerintahan Khalifah Turki Uthmaniyyah Islamiyyah terakhir yang berpusat di Anatolia (yakni Turki pada masa sekanrang) pada 23 Mac 1924, negara –negara umat Islam yang dulunya bernaung dibawah pemerintahan Uthamaniyyah telah menghadapi ancaman daripada ancaman kuasa-kuasa kuffar Britain, Perancis, Russia, Itali, Jerman dan lain-lain. Penjajahan ini bukan untuk menguasai tanah milik Islam mahupun hasil bumi umat Islam tetapi untuk menghapuskan Islam dan menyerang pemikiran Islam serta melenyapkan Sistem Kekhalifahan Islam yang telah bertahan selama 1000 tahun lebih lamanya. Mereka bijak mengatur strategi untuk menghapuskan Islam dan antaranya strateginya ialah:

  1. Membahagikan negara Islam yang dulunya bernaung di satu pentadbiran Khalifah Islam kepada negara – negara kecil seperti Kuwait,Syria,Jordan,Azerbaijan,Arab Saudi dan lain-lain serta menanamkan semangat Asabiyyah bangsa dan tanah air (semangat nasionalisme).

  1. Menghapuskan undang – undang yang berteraskan islam daripada undang – undang yang mengatur hidup umat manusia dan menggantikannya dengan undang – undang barat. Agama cuma diiktiraf sebagai ibadat,adat dan istiadat sahaja.

  1. Melancarkan serangan pemikiran terhadap umat islam dengan memasukkan ideologi-ideologi buatan mereka seperti komunisme, sekularisme, nasionalisme, liberalisme dan lain – lain lagi ke dalam kepala otak umat islam pada masa ini serta memperkenalkan teori-teori politik,ekonomi,sosial dan pendidikan yang berlainan dengan ajaran islam melalui falsafah hidup mereka.
Ingatlah......Walaupun sudah berdekad meninggalkan kita........Ia terus membayangi pemikiran umat Islam yang sedar akan tentangnya........

0 komen yang bermakna: