mari2 lihat!!!

Thursday, August 21, 2008

Kebenaran kita........???

Kita sudah lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui banyak rintangan daripada anasir-anasir jahat yang ingin jatuhkan beliau.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (homoseksual) beliau telah diteranjang separuh mati dalam penjara yang telah membuatkan tulang belakang beliau patah dan terpaksa menaiki kerusi beroda.
Walau bagaimana pun, dalam tahun 2004, mahkamah tertinggi Malaysia, Mahkamah Persekutuan telah membalikkan sabitan kesalahan kedua dan dia telah dibebaskan. Sebaliknya dalam bulan Julai 2008, beliau telah ditahan atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat seorang penolongnya, Saiful Bukhari Azlan.
Saiful Bukhari Azlan telah mengangkat sumpah pada 16 Ogos 2008 di sebuah masjid. Pada pendapat Ulama' seperti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat berkata "Kaedah sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari dengan memegang kitab suci adalah satu perbuatan yang menyalahi ajaran Islam"
Ustaz Abdulhadi Awang berkata "Dalam Islam hanya ada li'an,iaitu sumpah diantara suami isteri yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.Anwar Ibrahim dan Saiful bukanlah suami isteri" (petikan Sinar Harian,17 Ogos 2008).
Dunia sekarang melihat politik di Malaysia terutama dalam kes D.S.A.I dan pilihanraya kecil Permatang Pauh (P44).Gus Dur telah mengkritik "Tidak Islamik" dan Condolezza Rize berkata Amerika Syarikat sedang meilhat perkembangan politik Malaysia.Ayuh,marilah kita lihat kebenaran yang akan berlaku didepan mata kita ini.

1 komen yang bermakna:

ariff sulaiman said...

salam...
nice work bro
keep ur good work

aripleman.blogspot.com

jgn lpe tau!!!