mari2 lihat!!!

Friday, August 22, 2008

Sebuah Nama Sebuah Cerita ....



Peterpan akhirnya telah meliris sebuah album terakhir (menggunakan nama peterpan) pada 31 Julai 2008. Album ini telah dimuatkan 4 lagu baru iaitu Walau Habis Terang,Kisah Cintaku,Tak Ada Yang Abadi dan Dilema Besar dan lagu hits daripada album terdahulu seperti Taman Langit,Bintang Disurga dan Hari Yang Cerah....
Lagu hits seperti Mimpi Yang Sempurna,Mungkin Nanti,Ada Apa Denganmu,Kukatakan Dengan Indah,Tak Bisakah,Menghapus Jejakmu,Hari Yang Cerah Untuk Jiwa Yang Sepi dan Dibalik Awan pernah memasuki carta hits di Indonesia dan Malaysia sendiri.
Album ini dirilis untuk mengenang kembali empayar muzik Peterpan (2000 - 2008)yang telah menempah nama di Hong Kong pada September 2007.Peterpan yang telah kehilangan ahlinya iaitu Andhika dan Indra telah memasuki band The Titans. Tetapi, Ariel,Uki,Reza dan Loekman telah berjaya menempa nama Peterpan dengan lagu hits Menghapus Jejakmu dan Dibalik Awan dalam album Hari Yang Cerah.... Lagu Walau Habis Terang baru saja kedengaran di sebuah stesen swasta di Malaysia.Apapun,Peterpan telah membuat konsert terakhirnya di Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tahniah,Peterpan yang telah berjaya di persada muzik Nusantara.

0 komen yang bermakna: