
M.U telah banyak membuat serangan pada kubu Arsenal. Namun, pada minit ke-22,pemain muda Perancis;Samir Nasri telah menghadiahkan gol untuk Arsenal apabila pertahanan M.U mula kucar-kacir selepas hantaran lintang daripada sepakan sudut oleh Cesc Fabregas tersasar lalu disambut mudah oleh Nasri dengan merembat mengenai kaki Carrick.
Pada minit ke-47 (tidak silap saya), Nasri sekali lagi membolosi gawang M.U apabila Fabregas memberi bola kepada Nasri lalu dsudahi dengan mudah membolosi gawang Van Der Saar.
Alex Ferguson tidak senang dan gelisah lalu menukar pemain berprofilik tinggi iaitu Rooney dengan Rafael da Silva membuahkan hasil apabila beliau menjaringkan gol saguhati untuk M.U pada minit ke-89.
Pada minit-minit akhir perlawanan,Arsene Wenger begitu marah apabila masa kecederaan yang dilanjutkan sehingga 6 MINIT?!! 6 minit adalah begitu lama dalam arena bola sepak untuk menang. Dalam 6 minit,apa-apa akan terjadi. Walaubagaimanapun,Arsenal tetap pulang 3 mata penuh dengan bergaya menumpaskan Mancehester United 2-1 dilaman sendiri.
Berikut kini rekod 3 perlawanan akhir Arsenal:
4-4 Tottenham Hotspurs(D),
2-1 Stoke City(L),
2-1 Manchseter United(W)
0 komen yang bermakna:
Post a Comment