mari2 lihat!!!

Friday, November 7, 2008

Strategi Kemenangan Anwar Ibrahim




Strategi Kemenangan Anwar Ibrahim

oleh : Mutharasan
terjemahan: SariMysara Othman dan Alif Imran Hakim
RM 25

Saya telah membaca buku ini dan mengambil masa kira-kira 5 hari menghabiskannya.Buku ini merupaka satu analisis tentang perancangan dan strategi yang teratur oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (D.S.A.I) sehingga membolehkan parti Pembangkang menguasai lima buah negeri dan 82 kerusi Parlimen pada PilihanRaya Umum (PRU) ke-12 yang lalu,lantas menghalang BN mendapat 2/3 kerusi Parlimen.

Buku ini menceritakan secara terperinci strategi D.S.A.I yang memakan masa berbulan-bulan lamanya sebelum PRU ke-12 diadakan. Isu yang ditonjolkan oleh D.S.A.I ialah faktor-faktor yang membantu dan mendorong beliau untuk mencapai kejayaan besar dalam sejarah PRU turut dibincangkan.

Buku ini mengisahkan aktiviti dan sumbangan D.S.A.I sejak zaman belia dan beliau melakukan sesuatu perubahan politik dalam UMNO serta dalam Kerajaan. Perjuangan beliau tidak terhenti sejak dimasukkan penjara sehingga beliau dipersoalkan menjadi PM Malaysia yang ke-6.

Buku ini meneroka implikasi kemungkinan D.S.A.I kembali ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang menerusi PilihanRaya Kecil Permatang Pauh. Akhir sekali, peluang Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan dengan D.S.A.I sebagai PM juga dibincangkan. Maka,tidak hairanlah bahawa walaupun PRU ke-12 2008 telah lama berlalu,strategi kemenangan D.S.A.I terus menakluki arena politik Malaysia disebalik penahanan dan pertuduhan terhadap beliau baru-baru ini.

Buku ini jugam menjadi bahan bacaan yang sangat menarik dan mampu memprovokasi fikiran penganalisis politik,penggemar politik,para individu yang mahu memegang kuasa politik,ahli-ahli politk dan seiapa saja yang berminat dalam senario politik MALAYSIA.

1 komen yang bermakna:

ariff sulaiman said...

i love this book- because it tell everything that went for anwar strategies....it is a great analysis

i hate this book-sbb penulis bagaikan xda halatuju dalam apa yang ingin dikatakan,kadang kala mengarut...ape daaa