mari2 lihat!!!

Sunday, November 30, 2008

Chelsea 1-2 Arsenal



CHELSEA 1-2 ARSENAL

(STAMFORD BRIDGE)


Arsenal yang menderita akibat kekalahan 2 kali berturut-turut ke tangan Manchester City dengan gol 0-3 dan Aston Villa (2-0) akhirnya berjaya mendapat kemenangan setelah menumpaskan Chelsea 1-2 menerusi dua jaringan cantik daripada Van Persie.
Dimulakan perlawanan,Arsenal yang berwajah baru apabila buat pertama kali bagi Fabregas menjadi kapten baru untuk Arsenal.

Pada awal perlawanan, Arsenal dan Chelsea sering berasak ke kubu lawan masing-masing untuk menjaringkan gol.Tetapi pada minit 29,Bosingwa;pemain Chelsea membawa bola lalu membuat hantaran dan terkena kaki Djourou;pemain Arsenal yang menyumbat gol pertama Chelsea pada malam tersebut. Bagi peminat Arsenal,ia sungguh kecewa kerana Djourou gol sendiri pada malam itu.

Seterusnya pada minit ke-59, Arsenal akhirnya memecah kebuntuan apabila Denilson mendapat bola hasil hantaran Adebayor lalu memberi kepada Van Persie yang kelihatan 'ofsaid' lalu merembat padu ke gawang Chelsea yang dijaga Cech.

3 minit selepas jaringan tersebut,Van Persie sekali lagi menyumbat gol kemenangan untuk Arsenal apabila mendapat bola hasil hantaran Adebayor dari sudut kotak penalti. Chelsea seakan-akan ditimpa malang dalam tempoh 3 minit. Perlawanan berkesudahan Chelsea tumpas kali kedua dalam tempoh 89 tahun di tempat sendiri dengan 1-2 kepada Arsenal.



"IN ARSENE,WE TRUST"

Rekod 6 perlawanan terakhir Arsenal
4-4 Tottenham (seri)
1-2 Stoke City (kalah)

2-1 Manchester United (menang)
0-2 Aston Villa (kalah)

0-3 Manchester City (kalah)
2-1 Chelsea (menang)

0 komen yang bermakna: