mari2 lihat!!!

Saturday, December 6, 2008

Arsenal 1-0 Wigan Athletic



Arsenal 1-0 Wigan
(Emirates Stadium)


Selepas memenangi perlawanan diantara Chelsea Sabtu lepas,kini giliran Wigan menjadi mangsa kebangkitan Fabregas Arsenal yang menang 1-0 hasil jaringan cantik daripada Emmanuel Adebayor,pemain kelahiran negara Togo.

Pada separuh masa pertama,Arsenal telah membuka langkah apabila Adebayor menjaringkan gol hasil hantaran cantik Alexandr Song Billong pada minit ke-16. Gol itu telah membuatkan Arsenal mendahului 1-0 pada separa masa pertama.

Perlawanan itu telah menyaksikan pemain muda kelahiran Perancis,yakni Nasri telah cedera akibat dikasari oleh Palacios lalu dikenakan kad kuning dan Nasri terpaksa keluar dan digantikan dengan Eboue pada minit ke-32.

Seterusnya,Wigan telah berlipatganda mengasak kubu Arsenal yang diketuai Sagna,Toure,Clichy dan Djourou sehinggakan sepakan sudut oleh Figueroa dapat ditanduk oleh Heskey namun Manuel Almunia telah menyelamatkan keadaan.


Perlawanan ini berkesudahan Arsenal mengatasi
Wigan Athletic buat kali kedua selepas Arsenal (pemain muda) menang menumpaskan pemain utama Wigan pada Piala Carling Cup. Liverpool terus menguasai takhta liga selepas menewaskan Blackburn 3-1 manakala The Blues menumpaskan 2-0 Bolton dan Manchester United menang 1-0 selepas mengalahkan Sunderland di Old Trafford.


5 perlawanan terakhir Arsenal.

2-1 Manchester United (menang)
0-2 Aston Villa (kalah)
0-3 Manchester City (kalah)
2-1 Chelsea (menang)
1-0 Wigan Athletic (menang)

0 komen yang bermakna: