mari2 lihat!!!

Tuesday, December 9, 2008

Kalahnya Malaysia...

PIALA AFF SUZUKI 2008 : MALAYSIA 2-3 VIETNAM








Kesilapan penjaga gol Malaysia, Helmi Eliza Elias membuatkan Malaysia dirundung malang apabila kecundang 2-3 kepada Vietnam di Stadium Surakul, sekali gus menyukarkan laluan ke separuh akhir Kejohanan Piala Suzuki AFF, malam tadi.


Nampaknya peluang Malaysia untuk ke Separuh Akhir ternyata tipis kerana Thailand telah membelasah Laos 6-0 pada malam tadi. Gol Vu Phong pada minit ke-88 menyaksikan kesilapan besar Helmi Eliza ternyata mengecewakan ramai peminat bolasepak Malaysia yang mengharap kemenangan atau seri menentang Vietnam,malam tadi.

Kesilapan Helmi yang terlajak keluar menyaksikan bola lantunan tinggi Vu Phong melewatinya dan biarpun cuba dikejarnya, segalanya jelas sudah terlambat untuk menampan bola tersebut.Akhbar tempatan kebanyakannya mengkritik jelas persembahan Helmi Eliza semalam.

Apapun,Indra Putra Mahyuddin yang menjadi wira tetap menjadi wira Malaysia dan penyokong Malaysia berharap kehebatan Indra menjadi serangan utama bersama Safee Sali ketika menentang Thailand nanti.


0 komen yang bermakna: