mari2 lihat!!!

Monday, December 15, 2008

Sathia kekal....


Tahniah diucapkan kepada B.Sathianathan kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus memberi amanah kepada B. Sathianathan untuk memegang jawatan jurulatih skuad Harimau Malaysia.

Keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat badan induk bola sepak Malaysia semalam dipengerusikan oleh presidennya, Sultan Ahmad Shah. Begitupun kontrak lanjutan itu bersyarat,namun ia dianggap sebagai suatu cabaran baru oleh B. Sathianathan.

Beliau telah berjaya mengubah kedudukan ranking dunia Malaysia dalam tempoh 7 bulan.
Walaupun Malaysia tewas dalam Piala AFF Suzuki 2008,FAM percaya skuad Malaysia yang dibimbing Sathia mampu mengubah ranking dunia Malaysia pada tahun depan.

0 komen yang bermakna: